Pages

Monday, 11 July 2016

MENJELANG SYAWAL


BILA Syawal dah nak tunjuk-kan diri ni, sibuklah masing-masing ambil bahagian tugasan masing-masing.

Suami tercinta, si jurutera elektrik yang hensem di mata KakSeri ni, memang sah-sah ambil bahagian dalam me'repair' remote dan suis. Habis remote kipas satu rumah dia repair. Sebelum ni, tuan rumah kongsi-guna mana remote kipas yang sama.

Hasilnya memang memberangsangkan. Tahniah ya Abang Haji. Tak sia-sia pi mengaji kat universiti nuuu. hahaha...


Abang Muhammad, Kakak Alya, Puteri Purut dan sepupu Amyrah, buat kek kukus dan kek coklat.

Bergilir-gilir lah mereka memegang mixer dan membancuh. KakSeri tolong bagi advise sambil menyapu butter di permukaan loyang. :) Dah naik taraf.



Ibu dan para pembantu di dapur, sibuk menyiap kan bahan-bahan untuk memasak esok. Mengisar bawang, halia, lengkuas, menggoreng ayam.

Penuhlah aktiviti masing-masing sepanjang hari menjelang Syawal sebelum para lelaki bertakbir raya setelah berbuka.

Malam ni tidur awal, esok nak bangun jam 4 pagi, nak mula memasak NASI TOMATO.
Ibu kata, esok KakSeri jadi ketua Chef. hehehe..

So, tido dulu...

BERBUKA BERSAMA BONDA

HARI pertama berbuka di Kebun Teh, Ibu hidangkan LONTONG SPECIAL. yeehuu...

Biasanya, kami sediakan lontong sebagai jamuan pagi raya. Tapi kata Ibu, Tahun  ni nak makam NASI TOMATO. Pada KakSeri, apa-apa pun ok aje Bu...


Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan yang hebat! yummm yummm yummeh!


SYAWAL KEMBALI

Teringin nak buat pantun Syawal. Puas perah idea, akhirnya coretan ini yang berlalu di minda. Khusus untuk semua.



SYAWAL KEMBALI


Semakin meniti usia diberi,
Sedaya mungkin perbaiki hati,
Merela jiwa maaf memaafi,
Didoa ukhwah kekal bersemi.

Salam dihulur di angin lalu, 
Jarak pemisah bukan halangan,
Kisah semalam yang menduga kalbu,
Jadikan teladan dalam kenangan.

Lebaran datang satu ujian,
Menduga jiwa bersama iman,
Sebak, rindu, ria itu hiasan,
Buat makhluk yang punya perasaan.

Kepada ibu, bapa, guru dan jiran,
Tak lupa saudara dan rakan taulan,
Jari disusun mohon kemaafan,
Di doa kan kita dipelihara sepanjang kehidupan.

SeriAishah
Kebun Teh, Johor Bahru
Julai 2016 / Syawal 1437

😍😍😍😍😍

PERJALANAN PULANG

Jalan agak lengang sepanjang perjalanan.

Macam-maca keletah anak-anak lakukan dalam kereta.

Abang suka menghafaz surah. Ada masa berhenti, kongsikan cerita-cerita Sirah Nabi. Bonda suka bila Abang bercerita. Banyak perkara baru Bonda faham dan tahu.

Kakak Alya pula memang pesen tidur dalam kereta. Pemabuk orangnya. Ingat dulu-dulu kalau naik Tanah Tinggi macam Cameron Highlands, Rfaser's Hill, mula-lah dia gelisah bukak baju tunjuk perut, bila dia rasa tak selesa dan terjaga dari tidur. Jadi eloklah dia tidur saja sepanjang perjalanan.

Adik Aira @ Puteri Purut, macam-macam keletah. Sekejap menghafaz surah Lazim. Sekejap menyanyi. Ada masa layan ayah ibu bersembang kat depan.

Pastu ajak bonda main Snapchat.


Bila mengantuk, minta tidur atas Bonda. huhu.... Bonda layan kan aje..


:) :)

BALIK KAMPUNG




Walaupun bukan di kampung 🏡. Walau di tengah hutan batu. Kampung tetap "kampung".
Kampung tempat berkumpul anak-beranak. Tempat berhimpun pelbagai cerita.


Owh, syhhhh... sepatutnya tahun 2016 ini giliran kami pulang beraya di Penang.
Namun setelah ketiadaan Bapa Mertua pada 2014, kami meraikan Hari Raya di Johor Bahru sahaja. In sha Allah sepanjang Syawal, kami tetap akan menziarah adik beradik kami di Penang.

Jangan sedih-sedih nuuuuu....

Didoakan semua yang turut sama di atas jalanraya, sampai di destinasi dengan lancar dan selamat. Amiin.

PERJALANAN PULANG BERAYA : PIT STOP




Kononnya ambil peluang tumpang bercuti dan anakanda berdua yang dah lebih 18 tahun tu ada bersama.

Dah besar panjang, kenalah tukar buku atas nama sendiri. 

Rupanya, tu dia... beratur panjang untuk ambil nombor giliran. Silap kami tak bawa surat beranak. Kalau tak, kami pun sama tolong menambah penunggu di bangku. Huhu...

Buka akaun ASD sejak mereka masih kecil. Tempat simpan duit raya setiap tahun. 💱

Duit raya kami kategori kan sebagai duit bonus.

Setiap kali habis Syawal, mereka akan serahkan semua duit raya. Simpankan. Tunjukkan total simpanan yang mereka ada. Ucap tahniah.

Ceritakan keperluan simpanan supaya mereka faham. Jumlah simpanan perkara kedua. Yang penting, terapkan budaya menyimpan, ikat perut dan membeli perkara perlu.

Mungkin dari duit raya boleh buat deposit beli rumah atau modal mulakan bisnes. Kann..

Sudah besar pun, mereka masih serahkan duit raya. 😊 😊

#tabungmasadepan


ALKISAH TEMA UNGU




Al kisah, dari awal KakSeri impiakan beraya dengan tema BIRU tahun 2016. Namun lain dirancang lain jadinya. huhu..

Sebab apa, KakSeri?

Owh, ikut ilmu perguruan tentang warna, Hari Raya 2016 jatuh pada hari RAbu. Kan hari Rabu itu Hari BIRU. Spektrum warna Biru lebih dominan pada hari rabu yang juga hari yang baik untuk berkomunikasi.

Hari Komunikasi bermaksud hari yang baik untuk membuat perbincangan, perundingan dan apa jua aktiiviti berkaitan dengan penggunaan suara. :)

Ok.

Sambung cerita asal ya..

Shopping raya bermula pada minggu kedua berpuasa. Kami sekeluarga ke AEON Sek 13 Shah Alam. Seawal jam 9:30 kami dah menunggu pintu parking dibuka. haha.. Punyalah semangat dan nak elak acara berasak-asak waktu shopping.

Agenda pertama, beli kasut Puteri Purut. Tempat kanak-kanak biasanya sesak. Sebab yang akan memilih mesti ada sekeluarga, emak, ayah dan anak-anak. Berbanding dengan bahagian lain, mungkin akan ada emak/bapa dan anak sahaja.

Tak ambil masa lama, Alhamdulillah, saiz & design yang ada menepati kehendak Purut. Lega Bonda.

Agenda kedua, terus lihat baju kurung untuk Purut. Akhirnya berkenan pulak dengan satu jubah velvet berwarna Ungu tua dan Ungu cair. Sweet pulak.


Makanya, keputusan tema BIRU ke UNGU termaktub sudah. Dan bermulalah cabaran mencari baju melayu dan baju kurung sedondon untuk keluarga KAKSERI tahun ni.

Alhamdulillah. Misi pencarian dipermudahkan Allah. Dan takdelah rasa penat bershopping waktu bulan puasa kali ni.

Baju Melayu Ayah & Abang Muhd : Booth di AEON Shah Alam.
Baju Kurung Ibu dan Kakak Alya : Butik D'yana Shah Alam & Wangsa Maju
Dress Purut : AEON Shah Alam
Tudung Purut : Butik Suci by YattHamzah
Shawl KakakAlya : Gulatis Sek 7 Shah Alam
Shawl Ibu : InnerNeck Anizon @ Seriaishah.com/shoppe & Butik Ariani Sek7 Shah Alam (3 tahun lepas punya)
Songkok Abang : Booth AEON Shah Alam
Songkok Ayah : 3-4 tahun lepas punya.